Islam merupakan agama yang
sesuai dengan fitrah manusia dan sesuai sepanjang masa dan tempat.Islam
bukan agama yang hanya berkaitan dengan perkara akhirat dan ibadat sahaja
tetapi juga meliputi kesemua aspek kehidupan termasuk ekonomi,
kekeluargaan, politik, pemerintahan dan sebagainya. Kesemuanya itu berkait
rapat dengan akhirat agar umatnya tidak leka dan terbabas daripada syariat
Islam yang sebenar. Begitulah juga Islam merayakan hajat umatnya di dalam
memenuhi waktu lapang dan gembira. Jika dalam agama lain ada perayaan,
begitu juga dalam Islam adanya perayaan yang mana Allah telah
mensyariatkan untuk umatnya 2 perayaan yang besar yang bersangkut dengan 2
ibadat yang utama dalam Islam. Eidul Fitri di sambut selepas umat Islam
selesai di dalam menjalankan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan,
manakala Eidul Adha dirayakan selepas para hujjaj menunaikan rukun yang
utama dalam ibadat haji yaitu wuquf di Arafah.
Pensyariatan
perayaan dalam Islam adalah bertujuan untuk mengingati segala nikmat Allah
dan kelebihannya. Ia juga bertujuan untuk menautkan hati-hati para mukmin
dan mengukuhkan lagi ikatan ukhwah Islamiah sesama mereka. Ini dapat
dilihat apabila kita turut diwajibkan untuk memberi zakat kaum fakir
miskin. Terbitnya anak bulan Syawal merupakan tanda kemenangan bagi para
muslimin yang menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan. Ini
bertepatan dengan maksud sabda Rasulullah S.A.W :
Bagi orang yang berpuasa dua
kegembiraan. Gembira ketika berbukanya dan gembira ketika menemui
Tuhannya.
Eidil Fitri yang mula disyariatkan pada tahun kedua
hijrah merangkumi perasaan gembira dan sedih. Sedih kerana berpisah dengan
Ramadhan yang mana di dalamnya dibersihkan diri daripada dosa dan mendidik
hati agar sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadat. Perasaan gembira pula
kerana berjaya menunaikan ibadat puasa yang telah difardhukan kepada kita.
Perasaan gembira ini dapat dirasai lagi apabila kita benar-benar memahami
hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah turun pada kedua
hari raya ke bumi maka hendaklah kamu
menzahirkan daripada rumah-rumah agar rahmat
mengiringi kamu.Begitu
juga dengan satu lagi hadis yang bermaksud:Apabila
tibanya hari raya eidil fitri telah berdiri malaikat pada pintu-pintu
jalan-jalan sambil mereka menyeru : Tujulah wahai kaum muslimin kepada
Tuhan Yang maha mulia mengharapkan kebaikan, kemudian memakaikan kepadaNya
kemuliaan. Sesungguhnya kamu diperintah supaya mendirikan malam maka kamu
telah menunaikannya. Kamu diminta supaya berpuasa pada siang hari maka
kamu mentaati Tuhan kamu maka ambillah ganjaran-ganjaran kamu. Maka
apabila mereka sembahyang nescaya menyeru tuhan yang diseru melainkan
adalah Tuhan kamu sesungguhnya telah mengampuni kamu maka kembalilah kamu
dalam keadaan diberi petunjuk kepada perjalanan kamu maka ia merupakan
hari pemberian.Daripada hadis-hadis
ini kita dapat faham bahawa Islam menyuruh kita menampakkan kegembiraan
dengan kedatangan hari raya kerana ia merupakan anugerah daripada Allah
dalam membalas segala ketaatan dan ibadat yang telah ditunaikan.
Dalam menyambut hari raya kita jangan lupa kepada
mereka yang memerlukan pertolongan dan juga mereka yang merayakan dengan
penuh kesusahan dan penderitaan akibat daripada kezaliman yang berlaku ke
atas diri mereka seperti saudara seislam kita di Palestin, Iraq, Kosovo
dan sebagainya. Ingatlah kepada peringatan Rasullah S.A.W yang mana dengan
tegas baginda tidak mengaku umat ke atas mereka yang tidak mengambil tahu
tentang diri saudara mereka yang lain. Ingatlah bahawa ikatan iman dan
Islam lebih kuat daripada ikatan kekeluargaan dan bangsa.
Dalam
kegembiraan menyambut eidul fitri kita janganlah lupa dan alpa dengan apa
yang disurun dan dilarang oleh Allah S.W.T. Sebelum Syawal menutup tirai
untuk sekian kalinya marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari
pada bulan Syawal. Jadikan ia sebagai penerus kepada ibadat puasa yang
telah kita tunaikan sepanjang Ramadhan yang telah berlalu bersama
kelebihannya. Renungilah fadhlilat bagi mereka yang menunaikan puasa sunat
dalam bulan Syawal iaitu dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan,
kemudian dia ikutinya enam hari pada bulan Syawal, adalah dia seperti
berpuasa setahun.
Rebutlah peluang yang ada ini sebelum ianya
hilang.Puasa enam hari pada bulan Syawal ini hukumnya sunat dan ia boleh
dilakukan secara tidak berturut-turut tetapi mestilah dilakukan pada bulan
Syawal.