|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
|
KELEBIHAN HARI ARAFAH Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir. Di sini akan disebutkan beberapa hadis yang menyatakan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah sebagai suntikan semangat dalam menambahkan amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.Ingatlah dunia ini hanya sementara dan mestilah digunakan untuk mencari sebanyak mungkin bekal sebelum tibanya hari kematian sebagai tiket utama menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Daripada Sayyidatina 'Aisyah
bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :
Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada
membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan
sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia
bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu? Daripada Jabir telah berkata :
telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya :
Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya
Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah
kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan
berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat)
bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada
di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah
berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah
S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada
neraka daripada hari Arafah. Hadis-hadis ini
menunjukkan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah samada kepada
mereka yang mrenunaikan fardhu haji atau pun tidak. Allah mengampuni dosa
hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengabulkan
segala doa dan permintaan daripada hamba-hambaNya. Allah begitu bangga
dengan hamba-hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa bertaubat. Oleh itu,
muhasabahkanlah diri kita samada kita termasuk dalam golongan yang
sentiasa beramal soleh dan bertaubat atau pun hanya melakukan amalan
sambil lewa dan penuh kemalasan. Ingatlah kepada hari mati dan hari
pembalasan yang mana setiap amalan samada baik atau pun buruk walau
sekecil zarah pun akan ditayangkan oleh Allah di depan khalayak ramai.
Jika amalan baik tidaklah perlu dipersoalkan tetapi jika amalan buruk dan
maksiat ditayangkan bagaimana perasaan kita ketika itu?. Kita tidak boleh
menafikan lagi segala perbuatan maksiat yang dilakukan malah setiap
angggota kita akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang dilakukan di
dunia ini. Insaflah wahai sahabat-sahabatku! maraji
|
|