KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan
merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya
selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab
dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa
ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di
sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah
menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya :
Apabila telah tiba Ramadhan,
dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat
semua syaitan. -Hadis
dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu
Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya
akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e,
Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah
telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda
tentang Ramadhan yang artinya :
Siapa yang mendirikannya(Ramadhan)
penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang
telah lalu. -
Hadis riwayat Bukhari, Muslim,
Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu
Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang artinya
:
Sembahyang yang difardhukan kepada
sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya,
dan Jumat kepada Jumat yang sebelumnya merupakan penebus apa
antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan
kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada
Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata
Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku
bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami
tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W
bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan
seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau
membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka
keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis
riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi
Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang artinya :
Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa
adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka
dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak
meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia
berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi
Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih
harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi
orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan
keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan
apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis
menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita
sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga
dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini
menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat
beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat
sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat
dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan
syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan
tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya
keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu
menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu
juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita
benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti
menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam
jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah
Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan
daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat
ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang
dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti
berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang
berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa
akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
bertemu Allah kelak.
11. Di dalam
menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka
berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
maraji
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam
Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah
Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari
oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam
An-Nawawi