Al-Quran merupakan mukjizat yang paling
besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita
Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat
manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keridhaan Allah
seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Di antara kelebihan membaca serta
menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa
petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.
1. Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sebaik-baik
kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun 'alaihi
2. Sabda nabi s.a.w yang artinya :
Sesiapa yang membaca satu huruf
daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya
(al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya.
Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif
satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan
hadis hasan sohih
3.Sabda nabi s.a.w yang artinya :
Orang yang membaca al-quran dan dia
mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat.
Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya
dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca
dan pahala kesusahan).
-
Sohih Bukhari dan muslim
4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata
bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang artinya :
Kamu hendaklah membaca al-Quran maka
sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi
ahli-ahlinya
-
Riwayat Muslim
5. Sabda nabi s.a.w yang artinya :
Sesungguhnya sesiapa yang tidak
terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak
membaca) maka ia seperti rumah yang usang
-
Riwayat Tarmizi
6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda
nabi s.a.w yang bermaksud : Allah
telah berfirman yang artinya :
Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu
daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara
yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang
sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas
segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala
makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih
7. Sabda nabi s.a.w yang artinya :
Tiada suatu kaum yang berhimpun di
dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab
Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan
diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka
rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut
mereka pada sesiapa di sisinya
-
Riwayat Muslim
8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir
telah berkata : Telah keluar
Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah
di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2
tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor
unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula
memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai
Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah
seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau
membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik
daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana
lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan
unta
- Riwayat Muslim |