1. Telah memberitahu kepada kami
Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi
An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah
berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan
dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata
dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan
dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa
melainkan pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam
Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
2. Telah memberitahu kami Muaz bin
Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi
Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya
dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan
pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh
pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda :
Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka
sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu
merasa berat dengan beban. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah
S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang senantiasa dikerjakan sekalipun
sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang
maka baginda S.A.W senantiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam
Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)
3. Telah memberitahu kami Sufian bin
'Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata
: Aku telah bertanya Sayyidatina 'Aishah tentang puasa Rasulullah
S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa
sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa
dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda
S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa
dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada
bulan Sya'ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya'ban
sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit
daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam
Muslim di dalam sohihnya)
4. Telah memberitahuku Muawiyah
bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah
mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata :
Bulan yang disukai oleh
Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah
bulan Sya'ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya
Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah,
Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
5. Telah memberitahuku Al-Maqburi
daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku
telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat
engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau
berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Bertanya
Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku berkata: Sya'ban bulan
diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupakan manusia
mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku
lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku
berpuasa. Maka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada
hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari
itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba
akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak
diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya
Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam
Al-Baihaqi )
maraji
1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu
Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid
15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin
Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan
Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.