Dalam menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para
muslimin seluruh dunia setelah sebulan berperang melawan hawa nafsu dengan
tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah
yaitu hari raya Idul Fitri. Di sini dituliskan beberapa adab dan perkara
yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri
sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara lain dalilnya ialah
sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada
hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik
dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahwa para
sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahwa Ibnu
Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama' menyatakan
sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna
dalam berhias.
2. Memakai
sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W
satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau
seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah
Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga
baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari
dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah
memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil
fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban
sehingga menyembelih binatang korban.
( riwayat imam Ahmad
dalam sohih Al-Jami' )
4. Keluar solat hari
raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu 'Athiyyah memberitahu
bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari
raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh,
mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka
bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan
mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin.
( Riwayat imam Bukhari
dan Muslim)
Setengan ulama' mewajibkan
para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir
pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata
bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika
baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan
al-hakim dalam sohih al-Jami' )
6. Melalui jalan
yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W
apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan
yang lain. (
Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami' )
7.Mengucapkan
tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila
bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui
dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami
dan kamu.
( Al-Albani telah
berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang
sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga kita dapat
sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang
bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk
maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu
yang mengalahkan kita pula pada hari raya